Jabatan Audit Negara (JAN) hari ini memaklumkan pembukaan kaunter meja bantuan khas di ibu pejabat dan seluruh cawangan negeri bagi membantu syarikat kerajaan menyelesaikan penilaian menerusi sistem e-SelfAudit.
Kaunter khas ini dibuka pada 11, 14, dan 15 September 2026 bagi peringkat Persekutuan, manakala bagi negeri Terengganu, Kelantan, dan Kedah pula kaunter beroperasi pada 13, 14, dan 15 September 2026. Menerusi sokongan khas ini, syarikat berkaitan yang masih belum melengkapkan penilaian kendiri disarankan untuk hadir ke cawangan JAN terdekat dengan segera bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, tahun 2026 menyaksikan semua badan berkaitan, termasuk syarikat kerajaan yang diwartakan di bawah Perintah Audit (Akaun Badan Lain) (Pindaan) 2024, diwajibkan melengkapkan penilaian kendiri melalui Sistem e-SelfAudit selewat-lewatnya pada 15 September 2026.