Bertepatan dengan matlamat negara, memacu arena ekonomi digital – Kementerian Digital kini memaklumkan telah mengemuka beberapa cadangan termasuk insentif bagi menggalakkan penggunaan teknologi kalangan peniaga tempatan menerusi Belanjawan 2027.
Cadangan tersebut dimaklumkan telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan akan tertumpu khususnya kepada kumpulan peniaga kecil.
Usul sedemikian untuk makluman menyediakan insentif yang boleh membantu para peniaga kecil mengurangkan kos peralatan dan aplikasi digital yang diperlukan. Dengan bantuan tersebut, ini tidak sekadar memudahkan peniaga tetapi tahap kecekapan urus niaga lebih baik dan pulangannya dapat diterjemah pada aliran perbelanjaan ekonomi kelak.