Bagi mengukuhkan keselamatan dan keselesaan penumpang wanita, syarikat perkhidmatan seru-pandu di Malaysia kini digalakkan untuk menyediakan pilihan pemandu wanita kepada kumpulan penumpang wanita.
Pilihan ini jelas Kementerian Pengangkutan (MOT) penting dalam memastikan penumpang wanita miliki alternatif dalam menjamin keselesaan dan keselamatan mereka ketika menggunakan khidmat seru-pandu yang berkaitan. Tidak hanya saranan penyediaan ciri perkongsiaan kereta yang hanya melibatkan penumpang wanita semata turut diusulkan.
Akses ini relevan direalisasikan berikutan lebih ramai pengguna wanita menggunakan khidmat pengangkutan di pasaran semasa. Ketika ini sahaja mengikut laporan Bernama hampir dua pertiga daripada jumlah keseluruhan penumpang khidmat rel adalah golongan wanita begitu juga penggunaan khidmat seru-pandu di negara. Maka keutamaan keselamatan pengguna wanita adalah wajar bagi mengelakkan sebarang isu gangguan seksual mahupun ancaman bahaya dihindari dalam segmen pengangkutan di Malaysia.