Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memiliki 5.14% kepentingan dalam Eco-Shop Marketing Berhad, sekali gus muncul sebagai antara pemegang saham utama syarikat peruncitan berkenaan.
Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, peningkatan status ini susulan penambahan 8.68 juta saham biasa yang dilaksanakan pada 27 Ogos lalu — menjadikan KWSP kini merekodkan pegangan keseluruhan sebanyak 296.16 juta saham biasa.
Selain KWSP, firma ekuiti persendirian Creador turut tersenarai sebagai antara pemegang saham utama, manakala Pengasas Eco-Shop, Dato’ Sri Lee Kar Whatt kekal selaku pemegang saham terbesar dengan 73.8% kepentingan. Baki saham lain turut dipegang oleh pelabur institusi seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).