Artikel

CEO Pizza Hut Kini Letak Jawatan – Selepas Penjualan Rangkaian Pada Nilai $2.7 Bilion

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pizza Hut, Aaron Powell kini dilaporkan telah meletakkan jawatannya dalam operasi dan pimpinan Yum! Brands pada 1 September 2026. Peletakan jawatan ini menurut laporan Reuters menyusul setelah sebahagian besar rangkaian Pizza Hut global termasuk Amerika Syarikat (AS) dijual kepada firma ekuiti swasta LongRange Capital pada nilai $1.5 bilion dan urus niaga penjualan bernilai $1.2 bilion pula dicapai bersama Yum China.

Menerusi kedua urus niaga ini, LongRange Capital membeli operasi dan hak jenama Pizza Hut bagi seluruh pasaran dunia kecuali China. Sementara Yum China pula membeli perniagaan dan hak pemilikan penuh jenama Pizza Hut pada pasaran China.

Dengan makluman tersebut, perubahan pimpinan ini dijelaskan tidak akan menjejaskan pasaran Pizza Hut Malaysia berikutan operasi di rantau Asia Tenggara berlandaskan model francais berasingan. Yang mana, perniagaan Pizza Hut di Malaysia dikendalikan secara bebas oleh QSR Brands termasuklah pasaran Singapura, Brunei dan Kemboja. Secara menyeluruh sokongan peringkat induk global kini tertakluk di bawah LongRange Capital tidak lagi Yum! Brands.