Dalam usaha berterusan untuk memperkasakan ekonomi tempatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat, pelbagai inisiatif baharu telah diperkenalkan menerusi Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 hari ini.
Antara 6 ikhtiar utama yang diumumkan Perdana Memteri Anwar hari ini adalah:
-
Peluasan Budi MADANI: Had kelayakan dikembalikan kepada 300 liter sebulan
-
Sokongan Pendidikan: Peruntukan penyelenggaraan sekolah dinaikkan kepada RM1.5 bilion.
-
Pembangunan Kemahiran Digital: Pelaksanaan Program AI Percuma untuk rakyat.
-
Pengukuhan Sektor Kesihatan: Peningkatan kecekapan digital dalam perkhidmatan kesihatan awam.
-
Sokongan Perniagaan: Ambang e-Invois dinaikkan kepada RM3 juta untuk meringankan beban operasi syarikat.
-
Bantuan Peniaga Kecil: Penyediaan Pembiayaan Mikro dan Geran Sejahtera MADANI.
Adanya pelaksanaan sedemikian, langkah ini tidak sekadar membantu melandaikan tekanan kos bahkan memberikan nilai tambah kepada pengguna dalam meraih infrastruktur yang lebih baik, tahap kemahiran yang bersesuaian serta sokongan jangka panjang kalangan pemain ekonomi. Usaha ini secara berkala meningkatkan lagi tahap taraf hidup dan membantu memberi pulangan kepada ekonomi Malaysia.