Separuh pertama 2026 memperlihatkan Maybank alami penyusutan kecil dengan rekod untung bersih RM5.17 bilion lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu RM5.21 bilion. Disusuli rekod hasil pula merosot 9% kepada RM30.99 bilion berbanding RM33.95 bilion pada separuh pertama 2025.
Prestasi ini didorong akan pertumbuhan yang lebih perlahan pada suku pertama iaitu 3 bulan pertama 2026 yang memaparkan penurunan untung bersih Maybank sekitar 3.8%. Namun prestasi ini ditampung kembali dengan prestasi suku kedua 2026 Maybank yang merekodkan pertumbuhan 2.4% kepada RM2.69 bilion.
Malah kesan turun naik pendapatan dagangan serta pelaburan bukan teras kesan pasaran global yang tidak menentu dilihat turut mempengaruhi dinamik prestasi Maybank. Biarpun berdepan persekitaran itu, penurunan ini berjaya dikawal dan tidak menjadi lebih berisiko hasil pengurusan kos yang cekap, diikuti lonjakan pendapatan yuran teras terutamanya dalam perbankan pelaburan dan pengurusan kekayaan yang melonjak 48.4%.