Bermula 2019 hingga kini, Kiddocare telah menjadi pilihan lebih 100,000 keluarga di Malaysia – terutamanya di Kuala Lumpur, Johor, dan Kelantan. Memahami keperluan penggunanya yang kian berkembang, Kiddocare melangkah setapak lagi dengan merancang peluasan perkhidmatan ke sektor penjagaan orang tua.
Pertimbangan ini jelas Kiddocare pada laporan, tidak hadir secara mendadak tetapi didasari akan pengumpulan data dan kepercayaan pengguna yang telah menggunakan khidmat penjagaan mereka sejak 7 tahun lalu. Yang ketika ini anak-anak mereka semakin membesar dan kumpulan penjaga ini tersepit dalam dua generasi yang sekali gus mewujudkan tekanan selaku generasi sandwich – yang perlu menjaga anak-anak dan ibu bapa pada masa yang sama.
Setakat ini, Kiddocare telahpun melaksanakan fasa rintis untuk perkhidmatan penjagaan orang tua dan melihat pelbagai potensi boleh dikembangkan sebelum direalisasi secara mutlak bersama pengguna awam. Malah kebanyakkan syarikat pengasuh yang telah bekerjasama dengan Kiddocare turut menyatakan ketersediaan mereka untuk menceburi bidang baharu tersebut kelak.