Artikel

Jualan Ihsan Rahmah Secara Atas Talian Dilaksanakan – Pada 9 September Ini

Bertepatan dengan pemerkasaan arena ekonomi digital negara – kerajaan Malaysia kini dilihat mula memanfaatkan akses tersebut dengan mengumumkan pelaksanaan Jualan Ihsan Rahman 9.9 secara atas talian pada 9 September ini bersempena Hari Malaysia 2026.

Pengumuman yang dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang pelancaran TikTok Summit 2026 pada hari ini sekali gus membuka lebih banyak ruang dan akses untuk rakyat Malaysia dalam meraih barangan pada nilai berpatutan tidak hanya menerusi pembelian fizikal bahkan secara atas talian.

Buat pengetahuan umum, program Program Jualan Rahmah ini diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merupakan kempen jualan barangan keperluan asas buat rakyat Malaysia dengan diskaun sehingga 30% lebih murah berbanding pasaran semasa.