Syarikat pengendali gim Anytime Fitness Asia iaitu Inspire Brans Asia kini dilihat sedang pertimbang tindakan untuk menjual operasi tersebut pada nilai sehingga $400 juta (RM1.62 bilion).
Laporan Bloomberg ini mendedahkan pertimbangan itu susulan syarikat pengendali sedang bekerjasama dengan penasihat penjualan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Buat pengetahuan umum, ketika ini Anytime Fitness Asia memiliki lebih 600 cawangan merentasi 8 pasaran Asia tidak hanya di Malaysia tetapi turut meliputi Singapura, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Buat pengetahuan umum, Inspire Brands Asia membeli perniagaan Anytime Fitness Asia pada 2020 bersama beberapa sokongan pelaburan utama ekuiti swasta seperti Exacta Capital Parters dan Aura Group. Setakat ini difahamkan penelitian jualan tersebut masih di peringkat awal dan kesemua pihak terlibat tidak memberi sebarang maklum balas.