Artikel

Malaysia Berpotensi Tinggi Hadapi El Nino Super – Cuaca Ekstrem Seperti 1997/98

Sekitar Oktober dan Disember 2026, dijangka Malaysia akan berdepan fenomena El Nino Super berikutan potensi persekitaran tersebut kini telah lebihi 90%. 

Ramalan laporan MetMalaysia ini menjelaskan, kedudukan ini didasari akan perkembangan yang diteliti pada Relative Oceanic Nino Index (RONI) yang dilaksanakan sejak pertengahan 2026 bersama pencerapan terkini suhu laut mingguan yang melebihi 1.8 darjah Celcius di atas purata klimatologi. Potensi El Nino Super ini bermakna tahun 2026-2027 akan menjadi antara tahun paling ekstrem yang pernah direkodkan negara dan berupaya melepasi atau menyamai impak El Nino yang sangat kuat, pernah berlaku pada tahun 1997 hingga 1998 serta 2015 hingga 2016.

Berdasarkan rekod terdahulu suhu tertinggi dicerap pada El Nino 1997/98 ialah 40.1 darjah Celcius pada 9 April 1998 (Chuping, Perlis) dan suhu 39.3 darjah Celcius pada 10 April 2016 (Jerantut, Pahang).

Tambahan keadaan ini lebih kritikal berikutan siri El Nino kali ini dijangka berlaku bersama fenomena Indian Ocean Dipole (IOD) positif yang mendorong kepadan pengurangan jumlah hujan di rantau ini. Buat pengetahuan umum, El Nino mengurangkan bekalan kelembapan udara dari Lautan Pasifik tatkala IOD positif pula mengurangkan bekalan kelembapan udara dari Lautan Hindi. Maka gabungan fenomena ini akan meningkatkan kebarangkalian persekitaran yang lebih panas, kering dan tempoh bilangan hari tanpa hujan lebih lama di rantau selatan ASEAN termasuklah di Malaysia.