Bertepatan dengan inisiatif menambahbaik sistem percukaian negara – kerajaan Malaysia kini terbuka untuk mengkaji akan potensi mengabungkan ciri tertentu yang terdapat pada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ruang kajian itu jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sesi libat urus Belanjawan 2027 hari ini adalah usaha negara untuk meningkatkan kualiti kutipan cukai di Malaysia menerusi pendekatan penyesuaian penetapan cukai semasa.
Tegas PM Anwar pelaksanaan GST secara menyeluruh tanpa penyesuaian dilihat berisiko memberi beban terus kepada rakyat terbanyak berbanding golongan kaya. Oleh itu, kerajaan memilih untuk mengekalkan dan memperluas SST secara bersasar bagi mengimbangi tekanan kos sara hidup.