Suku pertama 2026 memperlihatkan peningkatan penipuan pada arena e-dagang Malaysia, apabila meningkat 92% berbanding tempoh yang sama pada 2025.
Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang dikongsikan Shopee pada laporan hari ini jelas memberi amaran kepada semua pihak bahawa teknik penipuan terus diperhalusi berdasarkan sokongan teknologi semasa. Keadaan ini sekali gus menuntut tahap perlindungan yang lebih cekap ke atas pengguna e-dagang semasa.
Selari dengan komitmen itu, Shopee kini menjadi platform pertama pasaran yang perkenalkan penyelesaian escrow menerusi Shopee Guarantee dengan pembayaran kepada penjual yang dilepaskan setelah pembeli berpuas hati dengan pesanan yang diterima. Perlindungan ini kemudian disepadukan dalam polisi pemulangan.
Namun perlua diakui, penambahbaikan itu tidak seharus tertumpu kepada arena e-dagang dan peniaga semata melalui peningkatan pelaburan keselamatan di peringkat sistem e-dagang ataupun penambahbaikan polisi pesanan tetapi ia juga memerlukan sokongan lain seperti inisiatif kesedaran, dan kerjasama pelbagai pihak untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat.
Adanya pengetahuan yang lebih kritikal dan dipupuk secara berkala perihal ini tidak sekadar membantu pengguna mengenalpasti risiko tetapi mampu membuat keputusan yang lebih selamat dan membantu penyedia e-dagang dengan melaporkan aktiviti mencurigakan.