Pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua 2026 memperlihatkan peningkatan apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang 6.0% hasil sokongan perbelanjaan domestik dan prestasi eksport yang kukuh.

Menurut pengumuman Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini, prestasi itu menunjukkan hampir semua sektor ekonomi mencatatkan kemajuan kecuali Pertanian yang menyusut pada suku tahun ini. Tatkala segmen Perkhidmatan berkembang sebanyak 5.9% dipacu oleh permintaan yang positif beberapa segmen seperti borong dan peruncitan (4.7%), diikuti segmen kenderaan motor meningkat 7.5% sejajar dengan lonjakan jualan termasuklah pemacuan kenderaan elektrik (EV).
Selain Perkhidmatan, sektor Pembuatan terus mengukuh dengan pertumbuhan 7.3% didorong permintaan eksport yang positif, sektor Pembinaan pula berkembang 6.5% hasil aktiviti infrastrtuktur yang rancak dan sektor Perlombongan dan Pengkuarian pula tumbuh 9.2% hasil peningkatan kukuh dalam segmen gas asli.
Berdasarkan perkembangan setiap sektor itu suku kedua tahun ini memperlihatkan sumbangan ekonomi setiap sektor telah meningkat secara berkala dalam masa 3 bulan dengan Perkhidmatan (59.6%), Pembuatan (23.3%), Pertanian (5.6%), Perlombongan dan Pengkuarian (5.5%) dan Pembinaan (4.3%).
