Artikel

ZUS Coffee Dilaporkan Pertimbang IPO, Sasar Raih RM1 Bilion – Seawal Pertengahan 2027

ZUS Coffee kini dilihat sedang dalam pertimbangan untuk tindakan tawaran awam permulaan (IPO) bagi perniagaan Malaysia dengan pengumpulan sekurangnya RM1 bilion – dalam langkah penilaian kumpulan sekitar RM4 bilion.

Menurut laporan Bloomberg, tindakan dilaksanakan syarikat induk Zuspresso yang kini sedang bekerjasama dengan beberpa penasihat kewangan untuk usul penyenaraian tersebut. Dan potensi pelaksanaan IPO di Bursa Malaysia ini dijangka dapat direalisasikan seawal pertengahan 2027.

Setakat ini penelitian tersebut masih di peringkat awal dan saiz serta struktur IPO terlibat berupaya berubah tertakluk kepada pertimbangan kumpulan. Secara menyeluruh rangkaian ZUS Coffee tidak sekadar mengukuh di pasaran Malaysia bahkan terus meluas pada pasaran Thailand, Filipina dan Singapura.