Artikel

GuocoLand Akan Dinyahsenarai Dari Bursa Malaysia – Berkuat Kuasa 18 Ogos Ini

Guocoland Malaysia kelak akan dialih keluar daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities – berkuat kuasa pada 18 Ogos 2026.

Penyahsenaraian ini menurut makluman Bursa, hasil tindakan persetujuan penswastaan syarikat melalui pengurangan modal terpilih dan pelaksanaan pembayaran balik bersama GLLM iaitu pemegang saham utama GuocoLand Malaysia.

Buat pengetahuan umum, GuocoLand Malaysia merupakan cabang hartanah dibawah Hong Leong Group, yang mana bertanggungjawab dalam membangunkan perumahan serta bangunan komersil di Malaysia. Syarikat induknya, Guocoland Limited memiliki operasi di Singapura, China dan Malaysia.

Melalui penswastaan, langkah ini dilihat akan membantu menambahbaik prestasi kewangan selain membentuk semula hala tuju strategik GuocoLand di pasaran Malaysia.


Sebagai penjelasan, biarpun jenama GuocoLand hanya mula digunakan pada tahun 2004, entiti korporatnya telah bertapak di bursa tempatan sejak 1961 lagi – iaitu bermula sebagai entiti Bedford Plantations sebelum dikenali sebagai Hong Leong Properties Berhad dan pada 2004 telah alami perubahan entiti kepada GuocoLand (Malaysia).