Artikel

Buah, Sayur Antara Diteliti – Masuk Senarai SARA

Selepas barangan sejuk beku, kini terdapat cadangan untuk meluaskan lagi skop kategori di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – antaranya melibatkan pembelian makanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sumber protein segar. 

Setakat ini cadangan tersebut telah meraih persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan kelak akan dipertimbangkan kelulusannya pada mesyuarat seterusnya bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sekiranya kategori ini meraih persetujuan menyeluruh, perluasan skop barangan SARA ini dilihat akan memberi kelegaan kepada rakyat negara dalam memiliki akses makanan sihat bersama kos yang lebih berpatutan di pasaran semasa.

SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad untuk pembelian barangan asas yang ditetapkan. Setakat ini terdapat 15 kategori barangan dipaparkan bersama lebih 140,000 barangan dibenarkan pembelian bawah SARA.