Artikel

RHB Bank Perkenal Sound Box Plus – Mudahkan Peniaga Terima Bayaran Kad Debit, Kad Kredit

Selain akses DuitNow QR dan ciri pad kalkulatorRHB Bank kini tampilkan penambahbaikan dengan perkenalkan RHB Sound Box Plus bersama sokongan pembayaran kad debit dan kad kredit untuk kemudahan pengguna serta peniaga.

Untuk makluman umum, terminal pembayaran ini dilengkapi dengan teknologi NFC yang mana membolehkan penerimaan pembayaran pantas dapat dicapai di samping meraih penjimatan kos yang lebih baik berbanding terminal kad konvensional.

Malah Sound Box Plus turut meningkatkan jaminan pembayaran menerusi pemberitahuan makluman suara masa nyata yang memberikan pengesahan serta-merta bagi transaksi yang berjaya. Ini membantu peniaga mengurangkan risiko seperti tuntutan pembayaran penipuan.

Selain itu terminal ini juga menghapuskan keperluan resit bercetak, sekali gus menyokong perniagaan menggunapakai operasi berasaskan digital di samping memastikan penerimaan pembayaran kekal lancar semasa waktu puncak perniagaan. Untuk mengetahui lanjut semua pihak boleh laman laman rasmi RHB Sound Box Plus bagi perincian seterusnya.