Bersempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2026 tidak lagi, kini diumumkan pemberian 1oGB data internet percuma buat rakyat Malaysia.
Sebagai perincian mengikut laporan FMT sebanyak 5GB data percuma akan diberikan pada Hari Merdeka 31 Ogos 2026 dan 5GB lagi pada Hari Malaysia iaitu 16 September 2026. Pemberian ini terpakai kepada semua pengguna perkhidmatan prabayar dan pascabayar.
Penawaran di bawah insentif Rebat Rahmah HKHM 2026 ini adalah hasil kerjasama Kementerian Komunikasi bersama 5 syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES. Secara menyeluruh, pemberian ini akan diperincikan kelak oleh syarikat telekomunikasi terlibat buat kemudahan rakyat Malaysia.