Memahami peluang dan ruang perlu dibentuk dengan langkah strategik – Kerajaan negeri Kelantan melalui Kelantan Ventures Sdn Bhd (SPV) kini sedang meneroka peluang pelaburan untuk membina kapasiti kerjasama dengan syarikat lain dalam industri minyak dan gas.
Usaha ini penting unuk memastikan manfaat sumber tersebut membawa pulang kepada pembangunan ekonomi negeri dan rakyat Kelantan secara berkala di pasaran hadapan.
Dengan perancangan ini, ia tidak sekadar mengukuhkan penglibatan Kelantan pada industri minyak dan gas tetapi turut tertumpu pada pembangunan pembekalan, logistik serta perkhidmatan sokongan sektor huluan dan hiliran.
Matlamat itu dilihat selari dengan perkembangan Northern Offshore Oil and Gas Corridor yang melibatkan Tok Bali Supply Base (TBSB) dan Tok Bali Industrial Park (TBIP) serta potensi integrasinya dengan rangkaian logistik Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak lama lagi. Pendekatan ini dilaksanakan dalam ruang perundangan yang tersedia, dengan mengambil kira kerangka Akta Pembangunan Petroleum 1974 serta kedudukan perlembagaan Kelantan.
Adanya aturan yang lebih tersusun, perluasan ini dilihat dapat mengukuhkan lagi saluran sumber Kelantan dan meningkatkan sumbangan ekonomi negara di pasaran hadapan secara berperingkat