Artikel

DBKL Perkemas Syarat Peniaga – Antaranya Premis Yang Ditutup Boleh Buka Seawal 24 Jam

Kelak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan 3 penambahbaikan utama bagi memperkemaskan penyampaian perkhidmatan dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif di ibu negara.

Langkah ini merangkumi penetapan kadar permit meja dan kerusi di kaki lima pada RM30 sebulan bagi setiap set, diikuti memudahkan proses permit kerja kecil, serta kelonggaran syarat pembukaan semula seawal 24 jam bagi premis makanan yang ditutup atas faktor kebersihan. Penambahbaikan ini untuk makluman terpakai kepada semua peniaga yang memenuhi syarat ditetapkan tanpa mengira latar belakang atau jenis premis.

Bagi permohonan permit meja dan kerusi serta kerja kecil seperti penukaran jubin atau siling, urusan ini dijelaskan boleh dibuat terus di Pejabat Cawangan DBKL mengikut kawasan Parlimen masing-masing. Kelulusan permit kaki lima tertakluk kepada kesesuaian lokasi dengan syarat laluan pejalan kaki, pengguna kerusi roda, dan akses kecemasan tidak terhalang. Manakala bagi kerja ubah suai berisiko rendah yang tidak melibatkan struktur bangunan, peniaga hanya perlu mengisi borang pemakluman bagi mempercepatkan proses tanpa menjejaskan aspek keselamatan.

Sementara, premis makanan yang diarahkan tutup atas isu kebersihan kini boleh dipertimbangkan untuk dibuka semula seawal 24 jam selepas tindakan pembersihan dilaksanakan dengan sempurna. Namun, pembukaan semula ini hanya dibenarkan selepas pemeriksaan serta pengesahan DBKL dipenuhi. Inisiatif hasil sesi libat urus bersama pihak kementerian dan persatuan peniaga ini diharapkan dapat mengurangkan proses birokrasi serta memberikan kejelasan dalam pelaksanaan penguatkuasaan di peringkat cawangan.