Artikel

Merchantrade Kini Sedia Akses Pembayaran Gaji Pekerja Asing – Di Sarawak

Setelah meraih kelulusan menyediakan instrumen pembayaran gaji buat pekerja asing di Semenanjung dan Sabah – kini Merchantrade Asia telah menerima pengiktirafan berkanun untuk meluaskan akses tersebut kepada pekerja asing di seluruh Sarawak selama 3 tahun.

Mandat tersebut dimuktamadkan susulan penerbitan undang-undang Perintah Kerja (Pengeluar Instrumen Pembayaran yang Diiktiraf) (Sarawak) 2026, yang berkuat kuasa selama 3 tahun, dari 1 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2029. Dengan pencapaian ini, bermakna pekerja asing di Sarawak kini boleh menerima pembayaran gaji menerusi Merchantrade. 

Buat pengetahuan umum, setakat ini lebih 3,000 majikan termasuk 40 syarikat tersenarai awam bergantung pada portal Merchantrade Payroll bagi memudahkan dan mendigitalkan proses pembayaran gaji bulanan. Pembayaran gaji dibuat melalui pilihan nirtunai (tanpa tunai) seperti DuitNow, pemindahan bank segera, atau pindahan bank terus ke dompet digital Merchantrade Money milik setiap pekerja.

Adanya akses ini ia sekali gus menangani risiko keselamatan serta kos transit tunai yang boleh mencecah sehingga 6% daripada peruntukan tunai. Perihal itu memberi penjimatan kepada majikan dan pekerja pada pasaran hadapan.