Artikel

MPOB Bangunkan Cecair Penyejuk Pusat Data – Berasaskan Sawit, Beri Penjimatan Air

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kini membangunkan Sawit EcoTherm, iaitu cecair penyejuk rendaman yang berasaskan sawit – memiliki peranan mengurangkan penggunaan air dan tenaga secara ketara di pusat data di samping menyokong instruktur digital untuk beroperasi secara mampan.

Dengan akses ini, MPOB menjelaskan Sawit EcoTherm berupaya membantu sistem penyejukan pusat data daripada memerlukan penggunaan air yang tinggi kepada penyelesaian penyejukan tanpa air untuk melindungi sumber air negara dan memanfaatkan peranan pusat data pada arena ekonomi digital. Setakat ini dianggarkan penggunaan air pada sistem penyejukan melibatkan sebanyak 876 juta liter air sehari iaitu bersamaan keperluan air hampir 4 juta penduduk.

Selain penjimatan itu, teknologi sedemikian juga dapat membantu negara mengurangkan pelepasan karbon berikutan penggunaan elektrik yang lebih rendah secara langsung dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Melalui inovasi ini, ia dapat membantu Malaysia mengurangkan permintaan air dan pelepasan karbon secara ketara dalam industri pusat data.