Biarpun Kuala Lumpur (KL) sering menjadi pilihan pelancong antarabangsa meneroka kepelbagai budaya dan keindahan tempat bersejarah, namun masih terdapat kekurangan yang perlu ditambahbaik khususnya ketersediaan perkhidmatan awam. Berikutan KL kini disenaraikan antara bandar raya pelancongan yang miliki paling sedikit tandas awam di peringkat global.
Dengan hanya 2.5 kemudahan tandas awam bagi setiap 100,000 penduduk.
Tinjauan QS Supplies ini merekodkan Malaysia mencatatkan 2.2 kemudahan iaitu jauh lebih rendah berbanding Thailand (26.4) dan Singapura (14.6). Dengan KL menduduki kedudukan ke-48 daripada 55 bandar raya utama yang ditinjau tatkala Zurich pula menerajui senarai dengan menjadi bandar raya yang mesra pelancong bersama 76.5 kemudahan bagi setiap 100,000 penduduk.
Secara menyeluruh biarpun data ini menggunakan data daripada platform OpenStreetMap iaitu tandas awam di bawah seliaan PBT, DBKL, taman rekreasi, medan selera, jalanan dan tidak merangkumi kemudahan sepenuhnya yang terdapat pada pusat beli-belah, hotel, stesen minyak atau mana-mana fasiliti gerai makan – angka itu secara amnya menjelaskan keperluan peningkatan infrastruktur awam wajar ditambahbaik dan diperluaskan. Untuk tidak hanya menjaga kepentingan penduduk, pelancong tetapi persekitaran yang lebih selesa.
