Artikel

AS Pulangkan Semula Kutipan Tarif $100 Bilion

Rentetan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) membatalkan pengenaan tarif perdagangan import yang dilaksanakan sebelum ini – pentadbiran Presiden Donald Trump itu kini memaklumkan sekitar $100 bilion hasil kutipan tarif tersebut telah dipulangkan. 

Bayaran balik melibatkan cukai bersama faedah itu mengikut laporan dijelaskan telahpun selesai menggunakan komponen Bayaran Balik Pentadbiran dan Pemprosesan Kemasukan Bersepadu itu telah disahkan dan diserahkan kepada Jabatan Penbendaharaan AS untuk pembayaran.

Jumlah ini untuk makluman mewakili lebih separuh daripada jumlah $166 bilion hasil kutipan tarif yang dibatalkan perundangan pada Februari lalu. Pembatalan ini dicapai setelah perundangan mendapati Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) tidak memberi kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif secara sehala ke atas barangan yang diimport daripada rakan dagang.