Artikel

19 Syarikat Malaysia Kini Tersenarai Pada ‘Forbes Asia Best Under A Billion 2026’

Arena perniagaan tempatan dilihat terus mempamerkan potensi yang tinggi pada pasaran dunia apabila terbaharu sebanyak 19 syarikat Malaysia kini telah disenaraikan pada carta 200 Forbes Asia’s Best Under A Billion iaitu 200 Syarikat Terbaik Asia Bawah 1 Bilion bagi tahun 2026.

Senarai ini buat pengetahuan umum, mengiktiraf firma penyenaraian awam berskala kecil dan sederhana di Asia Pasifik yang berjaya mengekalkan prestasi operasi mereka tatkala berdepan krisis geopolitik dan ketidaktentuan bekalan tenaga pada pasaran semasa.

Berdasarkan pencapaian itu, ini 19 syarikat Malaysia yang tersenarai pada rekod Forbes Asia:

  1. Time dotCom – nilai pasaran $3 bilion
  2. Frontken – nilai pasaran $2 bilion
  3. Itmax System – nilai pasaran $1 bilion
  4. Kerjaya Prospek Group – nilai pasaran $747 juta
  5. Southern Cable Group – nilai pasaran $718 juta
  6. Solarvest Holdings – nilai pasaran $717 juta
  7. Kim Loong Resources – nilai pasaran $653 juta
  8. Binastra – nilai pasaran $575 juta
  9. MN Holdings – nilai pasaran $463 juta
  10. Ideal Capital – nilai pasaran $457 juta
  11. CTOS Digital – nilai pasaran $380 juta
  12. Pekat Group – nilai pasaran $312 juta
  13. Chin Teck Plantations – nilai pasaran $247 juta
  14. AME Elite Consortium – nilai pasaran $220 juta
  15. Powerwell Holdings – nilai pasaran $114 juta
  16. United U-LI – nilai pasaran $73 juta
  17. MCE Holdings – nilai pasaran $57 juta
  18. Cloudpoint Technology – nilai pasaran $55 juta
  19. SKB Shutters – nilai pasaran $44 juta