Selari dengan aspirasi kampus rendah karbon, Universiti Malaya (UM) kini memperkenalkan Smartphone Charging Station di UM Sentral yang menggunakan second-life BMW EV battery sebagai pembekal kuasa elektrik buat kemudahan para pelajar dan pelawat institusi pendidikan tersebut.

Akses ini untuk makluman direalisasikan melalui kerjasama antara UM Power Energy Dedicated Advanced Centre (UMPEDAC), Pusat Pembangunan Mampan Universiti Malaya (UMSDC), Pejabat Ketua Pegawai Fasiliti Universiti Malaya dan BMW Group Malaysia. Yang mana stesen pengecas ini dijelaskan menggunakan tenaga solar yang disimpan dalam bateri EV terpakai bagi membekalkan kuasa kepada telefon pintar dan peranti mudah alih.
Menariknya, sistem ini telah direka bentuk, dibangunkan dan dipasang sendiri oleh pelajar Universiti Malaya di bawah penyeliaan penyelidik UMPEDAC, dengan keseluruhan pemasangan disiapkan hanya dalam tempoh satu hari. Tidak hanya itu, kerjasama ini turut diperluaskan ke komuniti Orang Asli di Pahang menerusi pemasangan sistem tenaga berasaskan second-life battery bagi membantu menyediakan akses kepada tenaga yang lebih bersih dan mampan.