Rang Undang-Undang (RUU) Sewaan Kediaman kini sedang dimuktamadkan dan berpotensi dibentangkan pada tahun ini.
Komitmen perundangan ini untuk makluman akan memperkukuhkan perlindungan kepada kumpulan penyewa dan mewujudkan pasaran sewaan yang lebih adil serta seimbang. Selain keperluan RUU ini turut akan membantu menyelaraskan hak penyewa dan pemilik rumah di pasaran semasa.
Ketika ini Malaysia tidak mempunyai perundangan khas untuk mengawal pelaksanaan sewaan kediaman. Di mana pertikaian biasanya dirujuk pada Akta Kontrak 1950 atau undang-undang am lain yang diperhatikan mengambil masa lebih lama dan kos lebih tinggi.
Antara mekanisme yang ingin diketengahkan menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah penyelesaian pertikaian yang lebih baik tanpa membebankan dan merugikan kos kedua pihak di pasaran hadapan, di samping meluaskan akses pembiayaan untuk membantu rakyat beralih daripada menyewa kepada pemilikan rumah sendiri.