Tahun 2026 dijangka akan memperlihatkan perkembangan positif buat Grab Holdings apabila kumpulan menyasarkan prestasi pendapatan yang lebih kukuh, dengan jangkaan sekitar $4.10 bilion sehingga $4.15 bilion.

Menurut laporan suku kedua Grab hari ini – pertumbuhan pesat ini didorong terutamanya oleh pengukuhan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran serta perkhidmatan lain merentasi pelbagai segmen perniagaan mereka.
Untuk rekod, Grab kini memiliki pangkalan pengguna yang luas dengan perolehan sekitar 54 juta pengguna di lebih 900 buah bandar. Bagi memastikan kelangsungan ekosistem sejumlah $706 juta telah dibelanjakan pada suku pertama sebagai insentif kepada pelanggan dan rakan pemandu. Ini merangkumi peruntukan khusus melebihi $7 juta disalurkan bagi memabntu rakan pemandu menampung pendapatan akibat krisis kenaikan harga bahan api.
Sementara itu, bagi makluman prestasi suku kedua pada hari ini memaparkan peningkatan positif dicapai pada Nilai Dagangan Kasar (GMV). Yang mana dipacu akan khidmat kenderaan dan penghantaran sebanyak 21%, mencecah $6.5 bilion bersama lonjakan pendapatan 22% kepada $997 juta mengatasi jangkaan pemain ekonomi. Lonjakan ini untuk makluman antaranya dipacu oleh pertambahan jumlah pengguna aktif yang sekali gus memberi cerminan positif pada unjuran permintaan bagi 2026.
