AmBank hari ini melancarkan reka bentuk baharu bagi Kad Debit Mastercard dengan menambah nilai pelbagai faedah kepada pengguna.
Menariknya, ia menjadi antara kad debit pertama di Malaysia yang menawarkan faedah perjalanan premium, termasuk dua akses tahunan percuma ke Plaza Premium Lounge di seluruh negara. Selain itu, para pelancong turut digalakkan untuk memanfaatkan kad ini menerusi tawaran sifar yuran transaksi luar negara, penambahbaikan kadar pertukaran mata wang, serta pengecualian yuran pengeluaran ATM.
Bagi perbelanjaan harian pula, pemegang kad berpeluang menikmati pulangan tunai sebanyak 30% untuk pembayaran bil automatik merentasi pelbagai perkhidmatan utama seperti syarikat telekomunikasi, utiliti, platform penstriman, dan juga langganan platform AI. Penawaran ini direka khas bagi membantu pengguna mengurangkan beban perbelanjaan berulang yang telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden.
Langkah pembaharuan ini jelas mencerminkan komitmen berterusan AmBank dalam menyediakan penyelesaian pembayaran yang fleksibel dan memenuhi jangkaan pengguna masa kini yang sentiasa berubah.
Melalui Kad Debit AmBank Mastercard yang diperbaharui ini, Ambank dan Mastercard komited untuk menjadikan urusan pembayaran harian lebih berbaloi di samping menyokong penyediaan pengalaman perbankan yang berteraskan pelanggan serta berinovasi tinggi.