Bagi memastikan lebih ramai pengguna dapat menikmati kemudahan LRT Laluan Shah Alam serta membiasakan diri pada laluan tersebut – Rapid KL kini memaklumkan tambang percuma dilanjutkan sehingga 14 Ogos 2026 ini.
Akses percuma ini termasuklah perkhidmatan bas perantara Laluan Shah Alam serta kemudahan Park N’ Ride di stesen-stesen terlibat. Lanjutan akses tersebut sekali gus mengalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai pilihan utama perjalanan harian pengguna.
Ia tidak sekadar memanfaatkan 2 juta pengguna Lembah Klang tetapi turut dilihat memberi limpahan manfaat ekonomi kepada kumpulan peniaga hasil pembangunan melibatkan 20 stesen antara Bandar Utama ke Johan Setia.