Untuk memastikan persekitaran pekerjaan di Malaysia kekal kondusif, harmoni dan selamat – dijangka draf Dasar Kesihatan Mental di Tempat Kerja akan dimuktamadkan tidak lama lagi, dengan sasaran antara September dan Oktober ini.
Rangka dasar ini menurut laporan Bernama dilihat tidak sekadar mengukuhkan perkhidmatan kaunseling tetapi turut mengambilkira keutamaan faktor sokongan melibatkan pendekatan skop pekerjaan, tahap keseimbangan waktu bekerja, menangani isu tekanan, buli, gangguan, diskriminasi serta manfaat sokongan melibatkan keluarga.
Adanya garis panduan sedemikian, ia sekali gus tidak sekadar meningkatkan aliran produktiviti tetapi turut membina tenaga kerja tempatan yang berdaya saing tanpa membelakangkan kesejahteraan mental mereka.