Wise kini secara rasminya menambah akses DuitNow QR ke dalam aplikasinya menerusi kerjasama strategik bersama Payments Network Malaysia (PayNet).
Kebersamaan ini sekali gus meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyediakan kaedah pembayaran nirtunai yang jauh lebih praktikal di pelbagai premis perniagaan. Menariknya, tidak hanya memudahkan pengguna tempatan tetapi pelancong antarabangsa turut boleh terus mengimbas dan membuat pembayaran menggunakan akses tersebut tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan perbankan tradisional.
Selain pembayaran QR, Wise turut memperkenalkan kemudahan pemindahan wang domestik yang lebih ringkas menerusi ciri DuitNow Transfer. Inisiatif ini menghapuskan keperluan butiran akaun bank yang rumit, sekali gus memudahkan proses transaksi harian pengguna di pasaran semasa.
Secara menyeluruh dengan perluasan akses DuitNow bersama Wise ini ia menjadikan Malaysia sebagai pasaran ke-9 di peringkat global yang membolehkan Wise mempunyai akses terus kepada sistem pembayaran domestik.