Artikel

CIMB Bank Laras Fi, Caj Pengeluaran Semula Penyata Akaun – Mulai 15 Ogos Ini

Berkuat kuasa 15 Ogos 2026 ini, CIMB Bank memaklumkan pelaksanaan struktur fi dan caj baharu bagi perkhidmatan pengeluaran semula penyata akaun akan dilaksanakan kumpulan.

Perubahan ini merangkumi pelbagai produk simpanan iaitu akaun semasa, simpanan tetap, serta akaun pelaburan seperti SMIA-i, TIA-i, dan DURIAN-i. Langkah semakan semula ini memperlihatkan peralihan strategi penetapan harga bank daripada mengikut tempoh sejarah penyata iaitu kurang atau lebih 12 bulan kepada format dan kaedah penghantaran dokumen yang dipilih oleh pelanggan.

Di bawah struktur baharu ini, caj pengeluaran penyata kini ditentukan mengikut kaedah serahan. Penghantaran melalui emel dikenakan caj tetap sebanyak RM20.00. Bagi salinan cetak ambil sendiri, caj asas RM20.00 ditambah dengan RM0.075 bagi setiap muka surat. Manakala bagi salinan cetak melalui kurier, caj dikira berdasarkan kadar asas RM20.00, caj muka surat (RM0.075 per halaman), serta caj kurier tambahan sebanyak RM3.10.

Sebagai perbandingan, kadar lama pengeluaran penyata mengenakan bayaran pendahuluan RM10.00 (bagi tempoh 12 bulan lalu) atau RM30.00 (melebihi 12 bulan) berserta RM2.00 bagi setiap muka surat.