Artikel

Maju Juction Bernilai RM353.95 Juta – Akan Dilelong Pada 20 Ogos Ini

Kesan isu kewangan dan kegagalan melunaskan pembiayaan bersama pihak bank – Maju Juction iaitu kompleks komersial di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tuanku Abdul Rahmah kini diumumkan akan dilelong pada 20 Ogos 2026. 

Aset bernilai RM353.95 juta ini akan memperlihatkan penjualan hak milik 38 petak strata melibatkan ruang pejabat, lot komersial dan tempat letak kenderaan.

Melalui makluman itu, proklamasi yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya ini turut menjelaskan pembida yang berjaya meraih hak pembelian perlu membayar deposit 10% daripada harga rizab tersebut sebelum menjelaskan baki jualan dalam masa 120 hari.