Dalam tempoh terdekat, dijangka kerajaan Malaysia akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup semasa rakyat.
Perihal ini didasari setelah mengambil kira maklum balas dan rintihan rakyat meskipun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini.
Komitmen itu dikongsikan PM Anwar pada laporan ketika Jelajah Kekal Harapan di Negeri Sembilan pada minggu ini. Yang mana matlamat itu ketika ini sedang diperhalusi bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara dan akan dipertimbangkan dalam pembentangan Belanjawan 2027 kelak.