Pulau Pinang terus mengukuhkan prestasi kewangan negeri apabila kadar penebusan nirtunai iaitu tanpa tunai kalangan penduduk negeri kini merekodkan 99.40% – iaitu mengatasi negeri-negeri lain seperti Kedah, Selangor dan Melaka.
Perkembangan ini didasari pada Prestasi Penggunaan Pembayaran Digital siri 5.0 di bawah Program Kempen Cashless pada peringkat kebangsaan. Yang mana prestasi tersebut tidak sekadar diperkasa pada perkhidmatan awam bahkan turut diperluas menerusi lokasi pelancongan utama, perniagaan, penjaja, bahagian runcit, gedung beli-belah, kedai makan serta kawasan pasar.
Dengan perluasan akses nirtunai ini, ia dilihat selari dengan matlamat Pulau Pinang untuk menjadi negeri 100% nirtunai menjelang 2030.