Artikel

MDEC Dalam Proses Batalkan Status Malaysia Digital Terhadap Pengendali Network School 

Kesan pembatalan lesen perniagaan Network School di Forest City Johor oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) kini mengambil tindakan untuk membatalkan status Malaysia Digital terhadap NSO Malaysia Sdn Bhd yang merupakan pengendali Network School. 

Ini kerana syarakat yang membolehkan sesebuah syarikat antarabangsa meraih status sedemikian adalah dengan memiliki permit dan lesen perniagaan yang sah, serta diluluskan sebagaimana yang dilaraskan pihak berkuasa. Menurut laporan kehilangan permit itu sekali gus tidak melayakkan entiti meraih status Malaysia Digital.

Seperti yang umum ketahui sejak minggu lalu telah berlakunya perdebatan akan pematuhan operasi Network School di Malaysia. Dan berdasarkan perkembangan semasa, beberapa badan kerajaan Malaysia kini melaksanakan siasatan berhubung ketidakpatuhan tersebut bagi melindungi polisi pelaburan digital di pasaran tempatan.