Artikel

Dewan Rakyat Lulus RUU KWAN 2026 – Kerajaan Wajib Sumbang 0.1% Hasil Negara

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara 2026, iaitu pembaharuan menyeluruh pertama terhadap Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) sejak penubuhannya pada tahun 1988.

Langkah ini untuk makluman, menstrukturkan semula KWAN kepada sebuah badan berkanun diperbadankan sebagai simpanan antara generasi negara, bagi memastikan rizab kewangan yang berkekalan untuk generasi kini dan masa hadapan. Usaha ini secara langsung turut dapat mengekalkan keyakinan bersama pelabur domestik dan antarabangsa. 

Di bawah pengurusan BNM, Kumpulan Wang telah berkembang kepada RM22.43 bilion pada akhir tahun 2024 dan dalam tempoh peralihan tiada gangguan kepada pelaburan, kontrak dan operasi Kumpulan Wang – semua aset akan berpindah kepada badan baharu melalui penguatkuasaan undang-undang. Untuk lebih memahami, ini antara peruntukan baharu yang dilaraskan di bawah RUU tersebut:

  • Sumbangan Berkanun – Kerajaan Persekutuan wajib sumbang sekurangnya 0.1% daripada hasil tahunan selain 2% daripada dividen Petronas, 2% daripada duti eksport (ini adalah kadar minimum, bermakna sebarang penambahan sumbangan boleh dilakukan pada bila-bila masa)
  • Sumbangan Sukarela – Melibatkan sumbangan royalti dari mana-mana negeri secara sukarela dan pulangan hasil pelaburan melibatkan bon atau untung dividen
  • Penggunaan dana dihadkan – Dana ini tertumpu kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, mitigasi dan kelestarian. Dan tidak boleh melebihi 50% daripada kadar pulangan benar jangka masa panjang, sekiranya melebihi had ia perlu dapatkan kelulusan Dewan Rakyat
  • Mandat pelaburan moden – Tindakan pelaburan perlu dilaksana secara berhemat berpandukan Perumpukan Aset Strategik yang diluluhkan Menteri