Artikel

RM14.7 Bilion Lebihan Cukai Telah Dibayar Semula, Setakat Akhir Jun – MOF

Sejumlah RM14.7 bilion lebihan cukai telah dilunaskan kerajaan setakat 30 Jun 2026 lalu. Di mana jumlah ini melibatkan 3.17 juta kes pembayar cukai.

Sebagai pecahan menurut makluman Kementerian Kewangan (MOF), data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ini menunjukkan daripada jumlah itu sebanyak RM5.75 bilion telah dibayar semula kepada 3.1 juta pembayar cukai individu manakala RM8.95 bilion pula melibatkan pembayaran kepada 76,511 pembayar cukai syarikat termasuklah 23,356 PKS.

LHDN dijamin akan terus menambahbaik proses pembayaran semula bagi memastikan kepentingan semua pembayar cukai Malaysia dilindungi sebagaimana aturan pembayaran cukai digalakkan pentadbiran.