Pengenalan Caj Warisan iaitu caj yang dikenakan ke atas pelancong luar yang menginap di hotel berdaftar di Melaka sejak 2012 itu ternyata memberi hasil yang positif kepada pentadbiran negeri – apabila rekod setakat ini memperlihatkan sebanyak RM59.6 juta berjaya diraih.
Melaka pada penjelasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini memperincikan, pada peringkat awal caj warisan dikenakan sekitar RM2 pada tahun 2012 san seterusnya dinaikkan antara RM3 hingga RM5 bermula 2025.
Dengan perolehan itu, difahamkan 60% kutipan iaitu RM35.75 juta adalah bahagian kerajaan negeri sementara baki 40% iaitu RM23.85 adalah hasil kepada pihak berkuasa tempatan. Dan pada bahagian kerajaan itu sejumlah RM28.35 juta dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan pembangunan industri pelancongan Melaka selaras dengan terma di bawah Arahan Akaun Amanah Caj Warisan Negeri Melaka.
Menerusi perkembangan keuntungan itu, Melaka melihat caj ini tidak sekadar memperlihatkan peningkatan pertumbuhan pelancongan negeri tetapi turut memanfaatkan infrastruktur negeri secara berkala di pasaran hadapan. Selain Melaka beberapa negeri turut mengenakan caj sedemikian antaranya Pahang (caj kelestaian), Perak (caj khidmat tempatan dan terbaharu Johor (caj kembara).