Artikel

PETRONAS Jual 0.84 Juta Tan LNG Kepada Shizuoka Gas Selama 7 Tahun – Mulai 2032

Setelah mengukuhkan kerjasama strategik dengan JERA iaitu firma utitliti Jepun – usaha itu kini diperluaskan lagi dengan perjanjian lanjutan pembekalan gas asli cecair (LNG) kepada Shizuoka Gas.

Perjanjian baharu ini untuk makluman melibatkan penjualan 0.84 juta LNG bagi tempoh 7 tahun, yang dijadualkan bermula pada tahun 2032.

Menariknya, pemeteraian kontrak ini dilakukan bersempena dengan majlis ulang tahun ke-30 penghantaran kargo pertama Petronas kepada Shizuoka Gas yang diadakan di Kuala Lumpur. Hubungan dagangan antarabangsa ini sebenarnya telah terjalin lama, di mana Petronas konsisten menjadi pembekal LNG kepada firma berkenaan sejak tahun 1996.