Sektor kewangan Malaysia terus memaparkan kemajuan apabila didapati lebih 70% penyedia khidmat kewangan negara telah melaksanakan sekurangnya satu sistem kerja yang dikuasai kecerdasan buatan (AI). Seperti bot bualan (chatbot), khidmat pelanggan mahupun sistem kelulusan automatik.
Perkongsian ini menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour pada sidang Perbankan Malaysia Ke-4 dan Audit Bank Ke-2 hari ini didasari akan perkembangan penerapan digital pada perkhidmatan kewangan tempatan di pasaran semasa.
Sokongan ini bagaimanapun kekal mengutamakan tahap sekuriti dan perlindungan data pengguna yang tinggi. Jelas BNM ia diimbangi dengan kerjasama BNM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), PayNet, institusi kewangan serta pemain industri kewangan yang lain. Menuju ke hadapan BNM optimis lebih banyak perkembangan lain akan dicapai institusi kewangan negara selari di bawah agenda Pelan Sektro Kewangan 2027 sehingga 2030.