Pelaksanaan insiatif MyDigital ID terus menunjukkan perkembangan positif apabila sejumlah 12 juta rakyat Malaysia dilaporkan telah mendaftar sistem identiti digital tersebut sehingga 30 Jun 2026.
Selain itu, sebanyak 16 juta transaksi pendaftaran yang melibatkan pembaharuan dan pembatalan turut direkodkan.
Maka untuk mengalakkan penyertaan MyDigital ID kalangan rakyat Malaysia, kerajaan sejak 2025 telah mula melaksanakan keperluan log masuk tunggal melibatkan perkhidmatan awam pada pasaran semasa. Sehingga 25 Jun lalu, sebanyak 114 perkhidmatan atas talian kerajaan berjaya diintegrasikan dengan MyDigital ID. Antaranya aplikasi MyJPJ, MyPTPTN, SPA9 dan MyBayar PDRM. Inisiatif ini turut diperkukuhkan melalui integrasi portal MyGOV Malaysia kendalian Jabatan Digital Negara (JDN) yang berfungsi selaku hab rujukan sehenti pelbagai khidmat awam buat rakyat negara.
Jelas Kementerian Digital pada notis Parlimen ini, usaha itu turut diperluas pada peringkat negeri dengan 19 aplikasi negeri telah diintegrasi dengan MyDigital ID smeentara 28 aplikasi lagi masih dalam pembangunan.