Memahami cabaran tekanan kos yang didepani sektor perniagaan Malaysia, kerajaan kini memaklumkan pengenalan Program Pengakuan Sukarela e-Invois sehingga 31 Disember 2027 ke atas kumpulan perniagaan negara.
Ini bermakna sepanjang tempoh tersebut, sebarang kemaskini, semakan dan pembetulan e-Invois yang dilakukan secara sukarela tidak akan dikenakan penalti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL).
Selain itu, pada makluman Parlimen hari ini kerajaan turut bersetuju mempercepatkan insentif cukai dengan membenarkan tuntutan penuh elaun modal dalam tempoh setahun bagi perbelanjaan layak berkaitan pelaksanaan e-Invois. Langkah ini tidak sekadar memberi kemudahan kepada kumpulan peniaga tetapi turut mengalakkan mereka mematuhi sepenuhnya pelaksanaan e-Invois di pasaran hadapan.