Artikel

AEON Bank Biz Kini Perluas Akses Pembiayaan Patuh Syariah Buat Peniaga

AEON Bank kini telah memperluaskan fasiliti pembiayaan dengan memperkenalkan Term Financing-i dan Working Capital Financing-i di bawah segmen perbankan perniaga AEON Bank Biz.

Kedua-deua kemudahan pembiayaan perniagaan ini untuk makluman tidak sekadar mematuhi amalan syariah berasaskan konsep Murabahah melalui Tawarruq tetapi turut menyediakan modal fleksibel mengikut keperluan perniagaan. Berdasarkan perincian Term Financing-i direka untuk membiayai perniagaan bagi jangka masa sederhana dan panjang dengan menyokong aliran dana pembelian aset serta infrastruktur. Fasiliti ini tidak memerlukan sebarang cagaran ataupun caj tersembunyi permohonan. Malah tempoh bayaran balik pembiayaan ini fleksibel sehingga 60 bulan.

Sementara Workng Capital Financing-i pula merupakan kemudahan kredit yang fleksibel untuk penuhi keperluan aliran tunai jangka pendek. Pembiayaan ini bertujuan membantu peniaga mengimbangi jurang bajet operasi dalam kitaran kewangan semasa. Penawaran ini membolehkan tempoh pembayaran semula dana ini dilaksanakan sehingga 3 tahun.