Artikel

Hanya 3.04 Juta Pencarum KWSP Capai Paras Simpanan Asas RM390,000 – MOF

Dengan pelbagai inisiatif dilaksanakan, didapati tahap simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Malaysia telah memaparkan peningkatan yang positif. Setakat 31 Mei 2026, didapati seramai 3.04 juta ahli aktif formal (38.3%) daripada 7.94 juta pencarum mencapai paras simpanan asas RM390,000 pada usia 60 tahun.

Data ini jelas Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Parlimen hari ini merekodkan peningkatan berbanding tahun lalu.

Walaupun berdepan kenaikan secara berkala, kerajaan akui usaha ini perlu diseimbangkan dengan pelarasan kadar gaji bagi menyokong kumpulan pencarum yang memiliki baki simpanan KWSP bawah RM10,000 – kesan pengeluaran ketika krisis COVID-19. Keperluan ini juga penting untuk persediaan Malaysia ke atas status negara tua menjelang 2030 kelak. Berdasarkan sasaran, simpanan KWSP dijangka kekal stabil sekiranya rakyat dapat menikmati aliran pendapatan yang lebih tinggi dalam tempoh 10 tahun mendatang.