Bank Negara Malaysia (BNM) kini sedang mempertimbangkan pelaksanaan moratorium keseluruhan melalui peruntukan No Look Back bagi mengukuhkan perlindungan buat pemegang polisi insurans dan takaful di Malaysia.
Langkah proaktif ini jelas makluman pada sidang Parlimen pagi ini untuk memastikan syarikat pengendali insurans dan takaful (ITO) tidak lagi dibenarkan menolak tuntutan pemegang polisi atas alasan wujudnya penyakit sedia yang tidak didedahkan secara tidak sengaja. Syaratnya perlindungan tersebut perlulah telah berkuat kuasa dan dibayar secara berterusan bagi satu tempoh yang ditetapkan.
Biarpun masih di fasa pertimbangan, usaha ini dilihat sebagai satu pembelaan besar terhadap hak pengguna, sekali gus menghalang tindakan pembatalan polisi secara sepihak disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan pengguna ketika proses pendaftaran. Berdasarkan data industri setakat 2025, prestasi pembayaran tuntutan di Malaysia sebenarnya berada di tahap kukuh, ITO secara konsistennya mengekalkan kadar keluluasan tuntutan melebihi 92% secara kolektif. Yang merangkui kelulusan lebih 1 juta tuntutan kesihatan, perlindungan pada setiap tahun.
Dan untuk terus memastikan ekosistem kewangan negara kekal adil, MOF memberi peringatan kepada pemegang polisi untuk menghubungi unit ITO berkaitan sekiranya terdapat isu percanggahan pada tuntutan dan sekiranya perihal tersebut masih gagal diselesaikan maka para pengguna miliki hak untuk mengemukakan pertikaian formal kepada BNM bagi mendapatkan pengadilan yang lebih telus berkaitan polisi perlindungan yang dimiliki.