Dengan rekod kerugian secara berkala, Berjaya Food kini bertindak melupuskan keseluruhan pegangan 50% miliknya dalam Berjaya Paris Baguette (BPB) kepada rakan strategiknya Paris Baguette Singapore pada harga nominal RM1 secara tunai.
Makluman kepada Bursa Malaysia ini, dicapai menerusi jual beli saham bersama Paris Baguette Singapore pada 29 Jun lalu dan urusniaga telah dimuktamadkan pada 30 Jun lalu.
Peralihan pegangan itu sebagai perincian menyaksikan penjualan 20 juta saham milik Berjaya Food kepada Paris Baguette Singapore yang mengendalikan rangkaian kedai roti dan runcit Paris Baguette di Malaysia. Malah melalui kesepakatan itu Berjaya turut melunaskan komitmen hutang BPB bernilai RM3.91 juta termasuklah obligasi sewa beli kepada Prime Credit Leasing dan obligasi pembayaran lain.
Secara menyeluruh Berjaya Food telah melabur sebanyak RM20 juta pada usahasama ini sejak ia ditubuhkan pada Julai 2022 lalu namun pelaburan sedemikian terus alami susut nilai dari semasa ke semasa. Setakat akhir 2025, BPB telah alami kerugian RM67.09 juta. Maka dengan pelupusan ini, Berjaya Food tidak lagi menjadi syarikat kerjasama dan Paris Baguette Singapore merupakan pemegang penuh francais tersebut di Malaysia.