Artikel

Pulau Pinang Mula Laksana Perintah Khidmat Masyarakat – Hukum Individu Buang Sampah Merata

Sebagaimana yang diwartakan pada November 2025, Pulau Pinang bermula hari ini menguatkuasakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) terhadap individu yang melakukan kesalahan membuang sampah di tempat awam seluruh negeri. 

Dengan penguatkuasaan ini, tiada lagi amaran akan diberikan sebaliknya tindakan terus ke atas individu yang melakukan kesalahan seperti membuang, menempatkan, mencampakkan atau meninggalkan sampah di merata tempat awam – akan dikenakan perintah PKM tersebut. Langkah pemantauan akan dilaksanakan oleh penguat kuasa secara berkala di seluruh tempat awam Pulau Pinang. Pasukan ini akan dilengkapi dengan kamera badan untuk merakam video serta gambar sebagai bahan bukti ketika operasi PKM dilaksanakan.

Sebagai perincian sekiranya individu didapati bersalah, pihak berkuasa akan mengeluarkan notis supaya pesalah di bawa ke mahkamah dan jika disabit kesalahan individu berupaya didenda tidak lebihi RM2,000 atau menjalani khidmat masyarakat sehingga 12 jam atau kedua-duanya sekali.